Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 20 Februari 2012

Exercise Gold Cobra 12

;)
Berkaitan tugasan Hubby di Korat, Thailand.. Apa ke mendanye tu.. Achik pun tak dapek nak 'descripe' kan.. Yang achik tahu tu nama program pertama Hubby terpaksa join sejak dok kat Markas AB.. Tugas Hubby di sana untuk bersama2 menyelaras keperluan pentadbiran dan logistik bagi aktiviti ala-ala JIWA MURNI tentera dengan rakyat.. atau BAKTI SISWA (student ngan komuniti kampung) tu..

gambar ni diambil dari web jointforce.. 
Majlis Penyerahan Bangunan 3 bilik darjah di Sekolah Wat Chaloemlap Wararam di Chonburi,Thailand.

Ni citer yg diambil sikit dari web jointforce..

Sebanyak 6 penempatan projek bagi Engineer Civic Assistant Project (ENCAP) telah diadakan pada Eks COBRA GOLD 12 ini meliputi daerah Saraburi, Nakon Ratchasima (2 Penempatan), Rayong, Chantaburi dan Chonburi untuk membantu masyarakat di daerah tersebut mendirikan bangunan sekolah dan dewan serba guna.

Projek yang memakan masa hampir satu bulan ini adalah membantu di dalam pembinaan sebuah bangunan sekolah untuk Sekolah Wat Chaloemlap Wararam, Chonburi.

acara perasmian.. tak mungkin la ada gambar hubby..
Upacara Pembukaan Eksesais Cobra Gold ke 31 telah disempurnakan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Thailand, Ms Judith Beth Cefkin pada 7 Feb 12 bertempat di Kem Suranaree, Korat, Thailand.
Objektif Eksesais Cobra Gold yang diadakan mulai 7 sehingga 18 Feb 12 ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan interaksi diantara negara-negara terlibat dan juga diadakan bagi mewujudkan pasukan pelbagai negara (multinational force) untuk memudahkan operasi ketenteraan didalam misi bantuan kemanusiaan apabila terjadi sesuatu tragedi bencana alam dan pengawalan penyakit wabak khususnya di rantau asia pasifik.


Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit