Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 10 Februari 2012

KISAH MIMPI

;)
Tak de kena mengena ngan lagu KISAH HATI  nyanyian ALYAH tu pun!!!

Tak mau la citer dalil2 ke hape ..
Kalau pada zaman Nabi Yusuf a.s kelebihan untuk mentafsir mimpi2 umat di zamannya..
Sekarang ni.. ada ke lagi yang pandai mentafsir mimpi2 kita.. kalau ada.. mungkin orang zaman ni tak ke mana.. asik2 gi jumpa tok nujum..

Kena pikir jugak la.. kalau masih ramai yang nak cari pentafsir mimpi setiap kali bangun tido.. tak de la orang kat dalam opis.. Dulu2 lain.. mana ada keje opis.. penat bersawah rehat jab bawah pokok.. on the way balik sebelum makan tengahari singgah kedai kopi boleh la cerita2.. Esok awal pagi baru keluar bersawah lagik..

Ni nak cerita mimpi-mimpi yang popular di kalangan orang Melayu dan terjadi juga pada diri WN.. Mimpi berkaitan qada' dan qadar iaitu Jodoh Pertemuan Ajal Maut ketentuan ILLAHI.. 

First :
MIMPI DI PATUK ULAR.. Haaa... best kan best kan.. apa maksudnya?.. Best bagi Anak Dara la.. Orang tua2 kata.. Ada orang nak kena pinang (datang meminang)...

Hi hi.. best jugak mengenang kisah mimpi ni.. WN mimpi dikejar dan dipatuk ular.. Bukan versi zaman dolu2 ye.. Ular besar.. datang lilit ke.. pas tu rupa2nya sang putera kacak menjelma..

Tapi versi remaja zaman 90-an (ye la zaman remaja WN tahun 90-an)..

Seingat WN.. hari tu penat sangat tertido selepas balik dari Latihan Mingguan PALAPES di KDSP.. Lepas kul 9.00 malam tertido.. kul berapa mimpi tak pasti.. yang pasti tersentak pagi tu waktu azan SUbuh.. betul la tu kan.. bukan mainan tido..

Mimpi ni betul2 buat WN penat.. tapi tak terpikir langsung.. hanya menyedarinya selepas Boyfriend (hubby ku kini heh heh) datang ke rumah bersama-sama Mak, Abah, Kak Ngah dan Abang Iparnya selepas tu..

Citernya cam ni..

Tak tau dari mana mula.. tapi yang betul2 dalam ingatan WN.. WN dikejar / diekori dengan ber ekor-ekor  ular (betul ke penjodoh bilangan ni?).. Penat WN pulas minyak skuter bagi laju.. lagi laju skuter WN tapi makin banyak dan besar2 pulak ular sawa kat keliling skuter WN.. kejap kang dah sampai depan skuter WN.. belok kiri tetiba dah ada ular sawa nak ngap WN belah kanan.. elak kiri.. tetiba dah ada ular sawa bertenggek kat 'seat' belakang.. penat campur lelah WN lari dari Ular sawa yang macam2 warna dan besar2 tu..

Hingga sampai satu tempat.. dah tak de Ular yang kejar.. Fuhh!!! Lega!! Selamat!! .. Taapiii tetiba tangan WN rasa sakit sangat.. rupa2nya ibu jari WN (tak ingat kiri ke kanan.. tapi masih lagi kat handle skuter) telah digigit dan tak boleh ditanggalkan pun oleh seekor Ular Lidi warna Hijau... Puas WN kias2 tangan.. tapi tak boleh jugak lepas dari gigitan ular lidi tu..

Ha ha ha.. sebanyak2 ular besar yang kejar tu.. Ular Lidi jugak yang berjaya gigit WN.. apa maksudnya tu?!!..

Mak tergelak besar bila WN citer Mimpi tu.. Mak cakap Ada orang nak kat ngko Long.. tapi orang kecik2 je.. bukan orang Ada-ada.. Tak best tul dengar Mak punye Rumusan tu.. Tapi Betul la tu.. orang tu adalah Hubby WN.. masa dia datang umah ngan family, dia baru je pakai pangkat Leftenan Muda.. starting gaji pun baru RM1200.. hi hi..

Kisah mimpi kedua.. kisah sedih.. tak sangka jugak..

Mimpi GIGI TERCABUT.. apa maksudnya?.. Orang tua2 kata ada ahli keluarga terdekat nak meninggalkan kita selamanya..

Wuih.. nak nangeh dah rasanya nih..

Kisah ni.. masa WN tinggal Married Bachelor.. Hubby kat Kuantan.. WN kat KL.. tinggal ngan Mak Sedara..

Mimpi best tapi rupanya bawak kesan tak best!!.. WN dan semua family WN pergi bercuti (tapi watak Hubby cam tak de pulak dalam mimpi ni).. seingat WN kitorg pergi ke Taman Tema Air.. tapi tak tau kat mana.. WN dan adik2 naik Gelongsor Air yang tinggi.. Abah dan Mak tengok dari bawah.. terjerit2 diorang soh berhati2.. Kami slide la.. Angah kat depan sekali.. WN kat tengah2.. Masa tengah slide tu.. muka WN terhantuk kat badan Angah.. Terus rasa ngilu dan ngeri kat dalam mulut.. rasa2.. gigi geraham kecik bawah WN goyang.. goyang sikit.. bila nak rasa je geraham tu dengan jari .. gi tu terus tercabut... Ha.. nak nangeh.. sayang.. gigi tak rosak tapi dah tercabut.. dah rongak.. cuba letak balik gigi tu.. tak boleh.. terpaksa buang gigi tu.. Abah cakap.. tu la.. seronok sangat.. memang ada la dukanya..

Tak lama lepas tu Abah sakit dua minggu warded di Hospital Selayang.. 3 hari selepas Birthday Abah.. Abah meninggalkan kami selamanya.. memang kami tak dapat jaga Abah sepenuhnya, terkilan!!.... Abah tak sakit terlantar.. jadi kami jenguk Abah setiap hari di Hospital.. Abah hanya kritikal selepas prosedur buang batu dalam hempedu.. terus masuk ICU.. hanya dua malam lepas tu Abah meninggal.. Hari Jumaat.. tengahari

WN perasan mimpi tu selepas 3 hari Abah meninggal.. itu pun selepas bercerita dengan Angah yang kami berseronok bercuti dan sampai gigi tercabut.. Air mata jantan Angah terus mengalir.. dia cakap.. Ngko dah dapat ALAMAT.. tapi sayang.. Ngko tak tahu kan LONG.. mana la kita tahu qada' dan qadar Allah..

Waa.. air mata dah bergenang ni.. hari dah kul 6.30 petang.. Nak balik!!!!.. Oii.. mentang2 Mak ada jaga Lutfi .. senang2 ngko balik lambat2 kan!!!..

Okay tu la KISAH MIMPI WN yang BENAR.. Korang ada kisah MIMPI yang benar2 jadi tak?!!

Tapi N3 WN autopublish kan.. kira2 seminggu dari tarikh penulisan..TQ..

2 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

satu lagi org kata kalau mimpi air/banjir...katanya nak dapat duit/rezeki...hehehehe

wifenavy berkata...

Pernah kah dok mimpi cam tu & jd kenyataan dok?

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit