Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 23 Jun 2011

TLDM : Markas-markasnya

Di dalam rantaian pemerintahan TLDM, pemerintah tertingi melaksanakan penugasan melalui formasi-formasi utama dan unit-unit. Secara asasnya segala operasi dan fungsi material telah diwakilkan kepada ;

  • Markas Armada untuk menangani masalah dasar yang berkaitan dengan pembangunan armada
  • Markas TLDM (Di KEMENTAH) adalah berkenaan  segala pembentukan TLDM 
Markas Pendidikan dan Latihan (Di Jalan Semarak, KL) yang diketuai oleh Laksamana Muda (Laksda) bertanggungjawab sepenuhnya di dalam sistem pembelajaran dan pembentukan modal insan. Unit- unit di bawah pemerintahan beliau ialah ;

  • KD PELANDOK yang mengendalikan kursus-kursus kepakaran peringkat asas sehingga lanjutan bagi Lain-lain Pangkat (LLP)
  • KD SULTAN IDRIS 1 (KDSI) untuk latihan Pegawai-pegawai Kadet.
  • KD SULTAN ISMAIL merupakan pangkalan khusus untuk melatih perajurit-perajurit muda telah dibina di Tanjong Pengelih, Johor lengkap dengan dermaga yang mampu menempatkan beberapa buah kapal yang bersaiz Frigat. 
 Markas Bantuan TLDM diketuai Laksamana Pertama (Laksma) bertanggungjawab untuk menyediakan fasiliti sokongan seperti;

  • Depot Bantuan TLDM, termasuk pentadbiran Pangkalan TLDM Lumut (KD MALAYA),
  • Pusat Penyeyapan Kapal (SSC),
  • Provost TLDM,
  • Penginapan Pegawai,
  • Hospital ATM,
  • Depot Senggaraan Kenderaan,
  • Bomba dan
  • Komplek Sukan.

3 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Blog ni dapat banyak info pasal TLDM.rajin ye ko

eLL berkata...

tembamnye lutfi...

gerammmmm

wifemdnavy berkata...

Cik Ina : Tak de maknaye rajin.. saje simpan2 info kot2 digunakan satu hari nanti

eLL : Umi ngan Abah yang tengok hari2 pun geram.. he he

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit