Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 12 Jun 2012

AHLI GANTI dan PASU BUNGA

;)

Kisah sebulan lepas..

Acik cukup tak suka menghadiri sesuatu mesyuarat tanpa mengetahui fungsi Achik berada di situ. Terutamanya jika menghadiri mesyuarat di Kementerian. Selalu juga terpaksa menjadi Ahli Ganti ni tapi staf biasanya memaklumkan selewat-lewatnya sehari sebelum.. paling-paling koman la sebelum habis opis hour.. Tetapi menjadi kebiasaan Bos atau mereka ini memaklumkan 'status' perlaksanaan atau sekurang-kurangya adalah 'briefing' sesikit beserta fail2 berkaitan supaya boleh jugak Achik ni belek2 mengetahui punca asal usul berlakunya satu2 mesyuarat tu.. tak kisah mesyuarat KERJA ke, mesyuarat MBJ ke.. mesyuarat PUSPANITA ke.. mesyuarat KELAB SUKAN ke..

Huh panjang lebar mukadimah..

Tapi tak tau la.. Ntah kenapa nasib tak baik..pada 30 Mei - Hubby call dari opis mintak tolong hadir ke .. nanti sat tengok tajuk memo jap..

PERJUMPAAN DATIN ................ DENGAN ISTERI-ISTERI AKS DAN PENGARAH SEL


Tarikh : 31 Mei
Masa : 1000H
Tempat : Rumah Bakat Gabungan


Perkara kes : Mohon kehadiran isteri-isteri AKS dan Pengarah Sel atau wakil sekiranya tidak dapat hadir


Maka.. Hubby diminta memaklumkan kepada WN untuk mewakilkan isteri AKS nya memandangkan beliau dan isteri masih bercuti (Kenduri kawin anak)

WN tanya hubby.. kenapa WN.. bini bos-bos atasan AYANG tak de ke?.. Cam tak kena level pulak nak mewakilkan.. Bini kpd Mejar kena hadir meeting untuk mewakilkan  bini2 level Kol dan 1 bintang ke atas.. jauh sangat nih!!..

Hubby kata.. dah tak de orang langsung.. pegi je lah katanya..
WN cakap lagi.. Ayang biar benar.. saya ni tak pernah sekali pun attend meeting BAKAT tahun ni tau.. apa kisah, apa citer langsung tak paham.. Plus.. SORANG pun saya tak KENAL org2 kat Markas tu!!

Biar betul AYANG.. tak ke janggal.. nanti Datin soh maklumkan apa2 yg bini AKS yg dah arrange aktiviti.. langsung sy tak tahu nih.. Datin AKS Ayang pun sy tak kenallll nih.. Jangan dibuat!!!... dengan AGENDA tak de lagi..

PEGI AJE LA.. nama aje PEGAWAI takkan tak pandai TACKLE orang!!..

BANG!!!! Sedas aku kena... terus WN DIAM.. tak puas hati.. senang nye cakap.. tak de maknanya nak majuk tak puas ati kat HUBBY malam nih.. sebab HUBBY on duty.. LUPA kan aje la.. malam ni wat skrip dan plan la menjawab soklan2 klise.. spt 'keje mana?.. tak penah nampak pun.. Isteri siapa?.. sebelum ni Hubby kat mana? bla bla bla..

Pegi ye.. arah Hubby.. Ye la 2x.. Fak la memo tu.. sy nak maklum kat BOS sy..

Dapat memo.. terus bawak gi jumpa BOS.. tak de masalah kata bos.. BAKAT ni macam PUSPANITA ke?.. Tanya BOS..

WN jawab.. aktiviti mungkin ye la.. tapi keahliannya MANDATORI kepada semua isteri2 tentera.. PUSPANITA.. opsyen je.. minat join la.. tak minat.. tak yah join.. Oooo jawab BOS..

Then BOS tanya lagik.. You gantikan sape?.. WN jawab gantikan Wife AKS Hubby.. Waa.. separuh ahlinya dah pakai Datin la.. WN dah terkedu.. tak baca sampai helaian Jemputan pun.. WN glance through memo tuh.. haiya.. LEMAU den esok!!!

Hari Perjumpaan

Ala.. Achik sampai selepas Datin itu sampai la.. terkocoh2 Achik berjabat2 tangan dengan semua Ahli Mesyuarat.. BENGONG giler.. Aku tak tahu yang mana-mana MAK DATIN gelarannya, yang mana hanya PUAN gelarannya..

Nasib baik la Pegawai BAKAT dan Pegawai Markas nya pakai Uniform.. maka senangla Achik menggelarkannya.. Maka jalan selamat.. Achik tanya kat Pegawai2 berkenaan mintak maklumkan sape2 yg Datin, sape2 yg Puan dan sape2 yg WATI..

Soklan pembuka bicara dan selamat adalah... Dah lama sampai?.. dari mana ye?.. then dapat la tangkap sape2 mereka itu.. BIJAK tak? he heh

Then.. bila sampai bab Pengerusi bertanya.. Ye Puan di sana.. siapa ye?.. best tak soklannye?.. Tak de sape kenal.. then Achik perkenalkan diri.. Isteri kepada Lt Kdr ... dan mewakilkan Datin... (yang tak pernah pun Achik kenal.. SADIS sungguh la..)..

Pengerusi bertanya lagi.. Saya pernah jumpa Puan ke?.. Cepat2 Achik jawab.. Mungkin Datin tak kenal saya sebab saya hanya attend 2 atau 3 aktiviti je yg melibatkan Datin.. kat mana yer?.. Ketika Dato' di MARKAS ARMADA dan sekali lagi ketika Hubby attend COURSE Jr CO kalau sy tak silap.. Ooo jawab nya

Mesyuarat bermula mengikut agenda..

Part paling tak best.. Membincangkan aktiviti yang dirancang.. Achik dah ngantuk.. tak bole nk mencelah pun.. sebab tak tau depan belakan citer kan.. tak kan nak nyampuk.. sekadar beri pandangan dan cadangan je la untuk menambahbaik pentadbiran aktiviti plus tak de satu pun AKTIVITI yang perlu dilaksanakan itu Achik boleh join.. SEBAB.. tak kena masa (waktu bekerja atau time ACHIK terpaksa OUTSTATION.. kalau setiap Sabtu Ahad pulak..kena tengok schedule dulu.. NO WAY la.. itu waktu kualiti KELUARGA)

Satu lagi la.. aktiviti2 nye pun sangat2 klise..

Pertandingan masak la.. pertandingan gubahan la.. bowling la.. sukan tu kira okay jugak la ka.. tak de langsung pembaharuan.. yang baru skit.. MENEMBAK.. org AWAM tak merasa la kot kan!!!

Ce buat pertandingan yang adventures ke cam Treasure Hunt.. pertandingan Photograhy ke.. Program Ilmu atau Kem MOTIVASI ke.. tak pun BLOG terhebat ke.. baru la mencabar.. tapi diorang nye masalah.. BAJET CIPUT..

Bayangkan penglibatan yang tiada impak.. cuma TAKE NOTE apa2 tindakan yg perlu dilaksanakan oleh Wife AKS Hubby ku .. ITU saje.. then maklumkan aje la pada HUBBY untuk dimaklumkan kpd BOS nye itu..

Umpama gambar di bawah;

Dua pasu bunga kat tengah meja meeting tu
Cantik dilihat.. tapi sekadar menghiasi.. 
ada OK.. tak de  lagi OKayyy!!!

Agenda akhir : Hal-hal lain

Pengerusi mengingatkan Pegawai BAKAT supaya memastikan keahlian mesyuarat di peringkatnya perlu dihadiri oleh isteri-isteri AKS atau diwakili sekurang-kurangnya isteri kepada Pegawai berpangkat full Colonel dan ke atas. AKS juga diminta memastikan supaya kehadiran adalah terdiri daripada AHLI BAKAT sejati bukan dari anggota WATI.

Ini yang WN akan HIGHLIGHT kan kepada en HUBBY.. supaya WN tak dilibatkan dalam aktiviti2 yang bukan menjadi kegemaran WN pun!!!..

En Hubby..

Perhatian dan kerjasama tuan untuk memaklumi perkara di atas amatlah saya hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

SEKIAN.

7 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

Mesti stress, terpinga pinga kan..:)

Aktiviti tu memang lah cliche, sebab tu mentaliti mak mak datin tu..har har har

eLL berkata...

aih, emo tetibe kan. nasib baik saya tak pernah pergi meeting ganti-ganti baton nih.

ayut berkata...

:) dh kena ganti..tpaksa la ye kak.last plak siap kena highlight sape boleh dtg utk ganti..huhuhu.ikutkan jela.nasib sudah.slmt dh lepas. :)

ღ cik faye ღ berkata...

saya doakan Kak WN jadi Pengerusi BAKAT yang sejati heheh,...aktiviti still sama dari tahun 50an sampai skrg yer...mcm manalah ahli2 nak aktif dlm BAKAT, ahli pun lagi advance dari AJK...apa kata kak WN buat kelas 'cara-cara berblogging' kat mak2 datin tu huhuhu...

insan_marhaen berkata...

nak jadi orang hebat, jiwa mesti hebat!

ArsheedA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Eca Dwinky Asha berkata...

lucu bca entry ini...dlm xsggp tu pg juga ye kak?.hehehe..best gk ada persatuan mcm ne..xthu pun ada persatuan khas tuk bini2 navy..

#kena ambil tahu.kot2x jodoh pnjg dgn 'kwn' navy tu.hehe

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit