Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 22 Jun 2012

E-MEL PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KSN

;)
Hrmm.. Penat!!!.. Sekembali dari menguruskan mesyuarat dan bengkel di Kuantan selama 4 hari 3 malam terus masuk opis keesokkannya.. masih tak berkesempatan untuk mengadap PC dan menulis N3 sepanjang minggu ni... menyiapkan minit dan laporan.. harap minggu depan dah boleh 'ANGKAT MUKA' sikit la..

Sebelum berhenti dan keluar amik angin ke SOGO (untuk release stress ha3x).. Nak kongsikan bersama Surat Ucapan Terima Kasih KSN kepada yang dipanjangkan kepada semua Penjawat Awam.. 'FRESH dari peti e-mel saya..'

Kepada semua penjawat awam sudi-sudikanlah.. ambil inti pati yang boleh kita tambah baik dalam kerja2 kita..

Salam kepada semua,

Dipanjangkan ucapan terima kasih KSN untuk makluman



Saudara-saudari sekalian,
Hari Jumaat, 22 Jun 2012 merupakan hari terakhir saya di pejabat setelah lebih 38 tahun di dalam perkhidmatan awam.  Walaupun saya lebih suka untuk bersua muka dengan Saudara-saudari secara individu bagi mengucapkan selamat tinggal, namun hakikatnya saya tidak mungkin dapat berbuat demikian.  Sehubungan itu, nota ini adalah tanda penghargaan dan terima kasih, ikhlas daripada saya atas segala sumbangan, sokongan serta kerjasama yang telah diberikan dalam usaha berterusan bersama membangunkan sebuah perkhidmatan awam negara kita yang dinamik, progresif, cekap dan relevan.
2.      Kerjaya di dalam perkhidmatan awam adalah suatu yang mulia – “it is a calling” – suatu “ibadah” – di mana kita memenuhi keperluan negara mendahului diri sendiri; dan peranan yang dipertanggungjawabkan ke atas kita adalah merupakan amanah rakyat dan negara.
3.      Selaku Ketua Setiausaha Negara, menerajui lebih 1.4 juta penjawat awam merupakan suatu pengalaman dan tanggungjawab yang berat, diulit pelbagai dugaan dan cabaran.  Saya telah cuba sedaya upaya untuk menggalasnya, dengan keinsafan bahawa tidak mungkin semua  matlamat dapat dicapai.  Saya merakamkan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan bantuan Saudara-saudari dalam memudahkan saya melunaskan tanggungjawab ini.  Saya melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan ini, serta merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan negara yang telah menaruh kepercayaan kepada saya untuk menerajui perkhidmatan awam.  Sepanjang tempoh perkhidmatan, saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan perubahan bagi mengukuhkan prestasi dan budaya penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
4.      Bagi sesetengah pihak, saya bukan seorang yang mudah untuk bekerja, malah tindakan-tindakan saya kadang kala dianggap terlalu tegas dan kasar.  Namun niat serta “nawaitu” saya sebenarnya adalah semata-mata untuk melakukan yang betul dan yang terbaik, tidak semestinya yang “correct”, demi memartabatkan perkhidmatan awam ke tahap yang membanggakan.  Saya berusaha untuk mempastikan setiap tindakan dan keputusan adalah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
        I.        Integriti – tiada kompromi berhubung soal integriti di mana kita melaksanakan perkara-perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat;
      II.      Kesegeraan dan “Sense of Urgency” – menetapkan sasaran yang tinggi, tempoh masa siap yang jelas serta pegawai yang dipertanggungjawabkan;
    III.            Mengutamakan pelanggan – memudahkan dan tidak menyusahkan, dan sentiasa meletakkan diri kita dalam kedudukan pelanggan:
    IV.  Kolaborasi dan kerjasama – “Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian”, “No Wrong Door”.  Elakkan bekerja secara silo, sebaliknya optimumkan perkongsian sumber, kemudahan dan maklumat ke arah peningkatan nilai;
      V.   Inovasi dan kreativiti – mencabar status quo; keberanian untuk bersuara serta melakukan perubahan kerana perkara yang dilaksanakan pada hari ini mungkin tidak lagi relevan pada masa hadapan.  Kita perlu sentiasa berfikir ke hadapan agar berada di hadapan keluk perubahan;
    VI.            Konsultasi dan Penglibatan – era “Government knows best” telah berlalu. Kita perlu sentiasa melibatkan pelbagai pihak dalam proses membuat keputusan serta penggubalan dasar dan program awam. Penglibatan rakyat amnya, badan bukan kerajaan dan sektor swasta dalam proses tersebut bertujuan untuk menambah baik sesuatu dasar supaya memberikan impak yang lebih positif kepada lanskap sosioekonomi negara;
  VII.     Aduan sebagai hadiah – aduan merupakan maklum balas penting bagi kita melaksanakan penambahbaikan dan peningkatan;
VIII.           Menimba ilmu, meningkatkan kemahiran – semakin tinggi kita berada di dalam perkhidmatan /organisasi, semakin lagi perlunya kita mendengar serta belajar, termasuk dari orang bawahan dan di sekeliling kita.
Saya berharap Saudara-saudari dapat mendalami nilai-nilai di atas dan mengaplikasikannya dalam setiap urusan dan tindakan.
5.      Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, telah terkeluar pilihan perkataan serta bahasa yang mungkin kurang enak didengar atau menyakitkan hati; serta tindakan yang mungkin dianggap kurang menyenangkan.  Sesungguhnya niat saya adalah semata-mata untuk membina perkhidmatan awam yang resilient, dinamik dan pastinya terus relevan dalam mendepani cabaran masa hadapan yang lebih kompetitif dan getir.  Satu Perkhidmatan yang tidak hanya menanda aras negara lain, tetapi ditanda aras oleh lain-lain negara, termasuk negara maju!
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anggota perkhidmatan awam dalam membawa Negara kita yang tercinta ke era yang lebih gemilang.  Saya sentiasa mendoakan agar Perkhidmatan Awam Malaysia terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di bawah teraju Ketua Setiausaha Negara yang baru.
Wabillahittaufik wal hidayah,Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
(SIDEK HASSAN)




Okay..chow dulu...

5 ulasan:

Kesuma Angsana berkata...

keep updating n akan terus follow

lina berkata...

Touching letter...ye mmg ada benar apa yg beliau tulis tu.

eLL berkata...

akak, bos saya dapat jemputan pergi ke majlis penghargaan KSN. hehe

Daddy Ziyyad berkata...

tak relevan dgn saya..sebab dah lama saya kuar gomen..ekekekeke

insan_marhaen berkata...

KSN yang baru - Ali Hamsa - ok ke?

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit