Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 24 Mac 2011

Bayi Tabung Uji? IVF vs ISCI

N3 ni dibuat untuk sesapa yang rasa SEKAPAL dgn WifemdNavy ni la.. Rasanya dah guna bahasa yang paling mudah untuk difahami berkenaan prosedur IVF dan ISCI.. Maklumat ni di 'google' dan digunapakai untuk sama2 berkongsi pengalaman..

In Vitro Fertilisation (IVF) juga dikenali sebagai 'bayi tabung uji', ini kerana, persenyawaan berlaku diluar badan (di dalam tabung uji). Indikasi bagi IVF termasuk;


1. faktor tiub (tiub tersumbat atau tidak berfungsi)
2. endometriosis
3. masalah sperma
4. faktor immunologi (antisperm antibodies)
5. rawatan IUI yang gagal
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya (kami punya masalah)
7. pendermaan sperma/ ovum/ embrio
8. ibu tumpang

Wanita akan menjalani controlled ovarian hyperstimulation (COH), sama ada protokol panjang, protokol pendek atau protokol antagonis, mengikut kesesuaian (suntikan sendiri dari hari ke 2 period sampai hari ke 8). Suntikan hCG (jarum nya.. tebal giler.. dah la kena cucuk sendirik, selang sehari / ikut perkembangan folikel) akan diberi apabila folikel telah mencecah 18mm untuk mematangkan ovum. 34 jam berikutnya, pengumpulan telur (oocyte pick up (OPU) akan dijalankan

prosedur IVF

OPU adalah proses mengumpulkan telur. Telur akan disedut melalui vagina menggunakan peralatan khas. Prosedur ini memerlukan bius keseluruhan (tido terus). Sebelum menjalani OPU perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:


• tidak makan atau minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menjalani OPU
• tidak memakai kanta lekap, gigi palsu, alat solek, pewangi dan pengilat kuku semasa prosedur.
• pastikan telah menguruskan pengangkutan balik kerana dinasihatkan tidak memandu 24 jam selepas prosedur.

Semasa OPU, cecair folikular akan disedut menggunakan pam penyedut dan dikumpulkan di dalam tabung uji (terjaga tengah2 prosedur ni.. makkk aiii sakit giler rasanye.. terus diberi suntikan tambahan) . Cecair yang dikumpulkan ini akan diserahkan kepada embriologist yang berada di dalam makmal bersebelahan dengan bilik pembedahan. Embriologist akan mengenalpasti telur menggunakan mikroskop.

Prosedur ini mengambil masa 15 hingga 60 minit untuk selesai bergantung kepada bilangan folikel yang disedut. Setelah semua telur disedut, telur-telur ini akan dieramkan di dalam inkubator yang mana suhunya adalah 37ºC dan kepekatan karbon dioksida adalah 5%. Ini bertujuan untuk memberi ruang bagi telur melengkapkan fasa Meiosis II sebelum ia disenyawakan. Pada hari yang sama, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. Perkara-perkara berikut

• mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum sampel dikeluarkan
• memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
• digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
• mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
• elakkan menggunakan pelincir atau sabun
• elakkan semen dari tertumpah

Embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. (ketika ni, Hubby dipanggil untuk lihat sendiri proses persenyawaan dilakukan oleh Embriologist - tengok kat skrin TV katanya). Proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. Larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma motile yang tinggi akan diinseminasi ke dalam media pengkulturan yang mengandungi ovum seterusnya disimpan di dalam inkubator supaya persenyawaan berlaku secara semulajadi.

Ovum yang telah disenyawakan dipanggil zigot. Zigot boleh dikenalpasti dengan kehadiran 2 pronukleus dan 2 jasad kutub kira-kira 18 jam selepas inseminasi. Pembahagian sel yang pertama berlaku kira-kira 26 jam selepas zigot terbentuk. Zigot yang telah membahagi dipanggil embrio. Seterusnya, embrio akan membahagi sekali lagi menjadi 4 sel. Embrio ini telah bersedia untuk dipindahkan ke dalam rahim.(3 hari lepas tu dipanggil untuk dimasukkan ke rahim)

Biasanya, maksimum hanya 3 embrio akan dimasukkan pada satu masa. Sekiranya terdapat lebihan embrio, ia akan dibekukan untuk kegunaan masa hadapan. Prosedur pemindahan embrio tidak memerlukan bius dan hampir serupa dengan IUI. Perbezaan antara keduanya adalah pemindahan embrio memerlukan bantuan imbasan ultrabunyi manakala IUI tidak. Imbasan ultrabunyi membantu doktor untuk menempatkan kateter berhampiran dengan fundus dan mengurangkan trauma terhadap endometrium. Keseluruhan prosedur mengambil masa 5 minit sahaja. (prosedur ni kita sedar, tak de bius)

Selepas menjalani pemindahan embrio, wanita tersebut perlu mengambil sokongan peleutenan sama ada dalam bentuk tablet vagina atau suntikan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan
2. pastikan anda menggunakan ubat progesteron yang dibekalkan setiap hari.
3. minum air secukupnya.
4. elakkan pengambilan ubat tanpa nasihat doctor
5. elakkan hubungan kelamin sekurang-kurangnya 3 bulan selepas menjalani rawatan
Ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan.

Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) - Upgrade dari IVF.. ni la prosedur sebenarnya yang Acik lalui

20 tahun yang lalu, tiada pilihan bagi kes masalah kekurangan bilangan sperma selain mencari penderma sperma atau berdoa agar keajaiban akan berlaku. Kaedah yang dipanggil ICSI untuk membantu pasangan yang mengalami masalah ini bagi mendapatkan zuriat. ICSI adalah teknik yang baru dikembangkan dan telah banyak membantu dalam menangani masalah-masalah seperti oligozoospermia (bilangan sperma yang rendah) dan asthenozoospermia (pergerakan sperma yang lemah).

Melalui ICSI, hanya beberapa sperma diperlukan. Satu sperma akan disuntik ke dalam ovum menggunakan mikropipet yang sangat halus. Ovum disenyawakan secara manual melalui ICSI manakala melalui IVF persenyawaan berlaku secara semulajadi.

prosedur ICSI
Prosedur ICSI memakan masa dan memerlukan seorang embriologist yang mahir. Peralatan yang diperlukan adalah mikroskop songsang dan pemanipulasi mikro. Keseluruhan proses dijalankan di bawah mikroskop. (Mahal sikit kaedah ni, sebab kena caj atas skill embriologist tu)


Sebelum sperma disuntik ke dalam ovum, ia akan dilumpuhkan dengan cara mencalarkan ekornya. Semasa ingin memasukkan sperma, ovum akan dipegang oleh pipet vakum untuk memastikan ianya pada kedudukan tetap. Mikropipet akan membuat satu lubang di ZP dan seterusnya menembusi sitoplasma dan meninggalkan sperma di dalam sitoplasma. Lubang pada telur akan tertutup perlahan-lahan dan tidak akan menjejaskan perkembangan embrio.


Freezing Embrio (2 embrio yang lebih tu kami putuskan untuk bekukan - setahun RM1000.00.. yang simpan ni lah yang berjaya dan Alhamdulillah lahir Zuriat kami - AHMAD LUTFI IKRAM)

Embrio yang telah dibekukan akan disimpan di dalam cecair nitrogen pada suhu -196ºC. Purata kadar mandiri embrio adalah selepas dicairkan 70% dan ianya bergantung kepada kualiti embrio sebelum di bekukan. Kadar mandiri embrio akan merosot berbanding ianya sebelum dibekukan. Ini adalah disebabkan oleh proses pembekuan dan pencairan. Tempoh masa simpanan di dalam nitrogen cecair tidak akan mempengaruhi kadar kemandirian embrio.

Semasa proses pembekuan, embrio terdedah kepada penurunan suhu yang drastik akan menjejaskan kadar kemandirian embrio. Selain itu pembentukan ais kristal intraselular dan dehidrasi juga boleh menyebabkan kerosakan pada embrio. Untuk melindungi embrio, cryoprotectant digunakan semasa proses pembekuan dan pencairan.

Pembekuan embrio dilakukan apabila terdapat lebihan embrio selepas IVF atau ICSI. Biasanya 3 embrio terbaik akan dipilih untuk dipindahkan ke dalam rahim manakala selebihnya akan disimpan untuk dibekukan. Ia juga djalankan dalam keadaan apabila embrio tidak dapat dipindahkan atas sebab-sebab tertentu contohnya OHSS (sindrom ovari hiperstimulasi) atau pendermaan embrio.

Terdapat 2 kaedah yang biasa digunakan untuk membekukan embrio iaitu pembekuan perlahan dan vitrifikasi. Pembekuan perlahan memerlukan sebuah alat pembeku yang boleh diprogramkan dan ia melibatkan proses membilas embrio didalam media pembekuan yang mengandungi cryoprotectant. Kaedah ini memakan masa kerana memerlukan 3 hingga 4 jam bagi melengkapkan keseluruhan proses.

Vitrifikasi adalah kaedah pembekuan yang cepat, tidak memerlukan alat pembeku dan hanya memerlukan beberapa minit. Embrio akan dicelupkan ke dalam nitrogen cecair setelah direndam di dalam cryoprotectant yang berkepekatan tinggi. Embrio yang telah dibekukan sama ada secara pembekuan perlahan atau vitrifikasi akan disimpan di dalam nitrogen cecair.

Apabila pesakit telah bersedia untuk menerima embrio, embrio di dalam simpanan akan dicairkan. Sebelum itu, beberapa terapi akan diberi untuk memastikan endometrium pesakit cukup tebal untuk membolehkan proses penempelan berlaku. Antara hormon yang diperlukan adalah GnRH-agonis, estrogen dan progesteron. Kadar kejayaan bagi embrio beku adalah hampir sama seperti embrio segar (40%).

Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan bahawa proses pembekuan embrio meningkatkan kecacatan pada bayi.

4 ulasan:

Cikgu Jang .. berkata...

macam belajar bialogi le pulak ye...

KhaiFieda™ berkata...

aslmkum.. boleh add sy kt facebook x? sy nak tanye pengalaman anda tentang bayi tabung uji ni... sbb saya bakal menjalani nye dalam masa terdekat ni... harap sangat awak dapat berkongsi pengalaman dgn saya... facebook sy khaifieda@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Salam.... menitis air mata saya membacanya...sebak,gembira dan bersyukur kerana anak hasil tabung uji pada 8tahun yang lalu mengimbas kembali kenangan terindah dalam hidupku setelah menunggu hampir 10 tahun maka dengan izin Allah lahirlah Harithdanial yang comel dan sihat..(2.54kg)satu satunya zuriat saya buat masa ini berjaya terhasil setelah mencuba sebanyak 3kali!! :) dan sekarang akan mencuba untuk mendapatkan adik2 kepada Harithdanial dengan kaedah yang sama juga iaitu melalui proses IVF(bayi tabung Uji) semuga kami berjaya ya Allah.. amin. :)

mimi fatihah berkata...

menariknye...
slalu bace info ni general je...
ni mmg detail...

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit