Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 15 Ogos 2011

TLDM : Frotila Bantuan

Flotila Bantuan mengandungi:

- Skuadron ke 26 Kapal Penyapu Ranjau Kelas Mahamiru- KD Mahamiru(11), KD Jerai(12), KD Ledang (13), KD Kinabalu(14). 
Jenis Penyapu Ranjau

Skuadron yang dikenali sebagai Mines Counter Measures Vessel (MCMV) ini adalah menggantikan MCMV lama yang diperbuat daripada kayu yang telah dilucutkan tauliah daripada perkhidmatan era 70an. Skuadron baru ini mula berada dalam perkhidmatan TLDM moden pada tahun 1986 yang ditempah dari Italy yang masih mengekalkan nama-nama asal tetapi struktur badannya diperbuat daripada bahan Glass Reinforced Plastic (GRP) dan perkakasan lain yang menggunakan bahan tembaga bertujuan untuk mengurangkan kesan medan magnetik sesuai dengan tugas dan peranannya untuk mengesan, menyapu dan memusnahkan periuk api.

- Skuadron ke 31 Command & Support - KD Sri Indera Sakti (1503) dan KD Mahawangsa (1504). 
Jenis Kapal Kawalan dan Perintah Pelbagai Guna (MPCSS) . Ditauliah 1983 : Krew 136

Skuadron Kapal Kawalan dan Perintah Pelbagai Guna (MPCSS)
Satu-satunya skuadron pengangkut malah juga sering dilibatkan dalam operasi amfibi dan operasi-operasi penting seperti OPS FAJAR, misi-misi kemanusiaan di dalam dan luar negara. Bagi menyokong kekurangan yang begitu ketara dengan keperluan penugasan yang sangat mendesak, penambahan beberapa buah lagi kapal seumpama ini tidak sepatutnya menjadi retorik dan ekonomi negara sebagai alasan. Bagi merealisasikan keperluan drastik TLDM, membeli kapal terpakai adalah lebih realistik di samping menunggu pembinaan kapal pengangkut pelbagai guna yang sedang dirancang.

- Kapal Auxillary diserap dari MISC- MV Bunga Mas Lima.
Tercetusnya idea transformasi BM 5 ialah bermula dari OPERASI FAJAR (OPS FAJAR) pada tahun 2008 memandangkan penugasan kapal-kapal
TLDM untuk pengawasan ini menelan kos yang terlalu tinggi. Satu konsep kerjasama dan perkongsian strategik di antara TLDM dan MISC telah termeterai. Sebuah kapal dagang ditransformasikan menjadi sebuah kapal Auxiliary TLDM BM 5 bagi menyelesaikan satu masalah negara khususnya ATM mengekang ancaman baru. Kejayaan terbaru kapal ini ialah menjadi platform kepada Pasukan Khusus negara dan berjaya menyelamatkan tebusan dan kapal MT BUNGA LAUREL yang di tawan oleh 7 orang lanun pada 20 Jan 2011 yang lalu.

- Skuadron ke 36 Hidrosurvey- KD Mutiara, KD Perantau dan KTD Penyu.
Platform-platform ini memain peranan dan menjadi pemula yang sangat penting kepada penyelidikan, pengukuran dan pemetaan laut yang mana sekarang ini hidrografi TLDM telah berjaya mengeluarkan carta laut sendiri yang telah di guna pakai oleh pelaut antarabangsa yang beroperasi di kawasan ini. Jika sebelum ini TLDM menggunakan British Admiralty Charts untuk panduarah tetapi ketika ini keseluruhanya menggunakan Carta Malaysia (MAL Chart) dalam ukuran metrik sepenuhnya.
Pablikasi-pablikasi lain yang berkaitan turut dikeluarkan oleh Pusat ini untuk kemudahan pelaut-pelaut sekali gus menjana pendapatan negara.

- Diving Tender- KTD Kepah
Kapal Tunda Diraja ini yang asalnya berperanan sebagai Ocean Tug dan mula mempelbagaikan peranan kepada tugas-tugas operasi Pasukan Penyelam setelah KD DUYUNG dilucutkan tauliah. Walaubagaimana pun nama KD DUYUNG telah diabadikan kepada sebuah Unit yang dulunya lebih dikenali sebagai Pusat Selam
TLDM.

- Skuadron Fast Troop Vessel (FTV) – KD Sri Gaya, dan KD Sri Tiga Adalah 2 buah kapal yang digunakan sebagai pengangkut trup dan ransum dari Sabah ke Gugusan Semarang Peninjau (GSP).

- Skuadron bayangan Multy Role Support Ship (MRSS) Masih dalam perancangan kerajaan walaupun sudah beberapa kali kenyataan tentang perolehan ini disuarakan bagi memenuhi kekurangan yang ketara dalam inventori TLDM. Platform ini menjadi sangat penting kepada Angkatan Bersama ATM bagi mengatur gerak Pasukan Amfibi ke kawasan-kawasan operasi dengan lebih pantas dan sistemetik. 

1 ulasan:

PakMail berkata...

WN,

'Skuadron yang dikenali sebagai Mines Counter Measures Vessel (MCMV) ini adalah menggantikan MCMV lama yang diperbuat daripada kayu'

Sebenarnya MCMV ini menggantikan CMS (Coastal Mine Sweeper), kapal yang diperbuat daripada kayu.

Perbezaan di antara MCMV dan CMS ialah,

Kaedah kapal MCMV dalam mencari periukapi ialah dengan cara 'hunting' menggunakan 'small submersible submarine' (Saya sebenarnya tak ingat akan nama benda ini). Apabila periukapi ditemui lalu dimusnahkan.

Manakala kapal lama CMS dari jenis kayu itu pula, kaedah pencariannya adalah dengan cara menyapu (sweeping) mengikut lokasi 'coordinate' yang ditetapkan.

Itu yang saya ingat. Saya telah berkhidmat di kedua-dua jenis kapal tersebut.

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit