Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 5 Mei 2011

KAJIMATAN ???!!!

Dah lepas peristiwa ni.. terjadi minggu pertama April ari tu.. Citernya hubby terpaksa outstation ke Melaka dan Johor dari 4 - 8 April 2011. Masalah problemnya.. Anak kami si Lutfi tak de penjaga sejak awal Mac.. Dah 2 kali kena reject ngan pengasuh lama sebab Pengasuh sakit (ke... si Lutfi ni notti sgt sampai tak sanggup nak mengasuh lagi.. mmm tak tau la.. kena pikir positif2)...

Minggu pertama WN amik cuti dan  MC tipu (syyy) untuk jaga Lutfi : Done..
sambil tu carik Pengasuh yang baru : Done
tapi Pengasuh baru mintak hantar selepas dia balik Umrah (6 April sampai Malaysia.. pikir2 mesti dia nak rehat2 dulu maknanya selepas 8 April baru leh antar Lutfi ke umah dia)

'Ndak tak ndak kita kena mintak tolong Mak la Yang bole tak?' WN bg suggestion kat Hubby.. (Hubby ni.. kalau bole tak mau susahkan mertua dia la konon2 nye).. ala 2 minggu jer.. Dalam berat Hubby jawab mmm.. okay la.. Ayang call la mak..

Petang tu Hubby call Mertua dia (Mak WN la)... dan bermula la perbualan antara Mertua dan Menantu nya.. dan akhirnya Mertua pun setuju.. Keesokkannya kami pun jemput Mak kat Stesen bas Pekeliling

Sembang-sembang kat dalam keta sambil tunggu Hubby gi beli makanan kat gerai. Mak tanya : Along, Izam ni kursus macam time sekolah2 ye?!!..

WN jawab : lebih kurang cam tu la, sebab tu la sekarang ni susah skit nak balik Temerloh.. ujung minggu ada je aktivitinya.. Student full time la kata kan.. tapi gi UM tetap kena pakai Uniform..

Itu la Wan tanya (jiran sebelah) Izam out station ni untuk apa? Mak jawabla Izam bagitau nak buat Kajian Tempatan.. WN pun jawab iye la tu.. ehh.. bukan Kajian Tempatan la mak.. KAJIMATAN..

KAJIMATAN tu singkatan apa pulak? Mak tanya..alaaaa haiiii.. tak penah pulak WN tanya kat hubby KAJIMATAN tu apa???.. Bole la mak lebih kurang la tu menda2 KAJI2 la jugak..

Sebaik Hubby masuk keta, Mak terus tanya outstation ni untuk apa? Katanya Exercise KAJIMATAN..
Mak tanya KAJIMATAN tu singkatan kepada apa?

Hubby termenung jap.. Dia jawab.. untuk penuhkan kredit hour paper UM (dalam hati.. tak jawab soklan la mamat nih!!! kalau aku jawab cam nih kat mak mesti kena sound sampai panas tinga.. contoh : patut la failed, tak jawab soklan)

Mak cepat2 sampuk.. Ye la untuk penuhkan Credit Hour tapi apa maksud KAJIMATAN tu... Kajian apa??? Mak jelaskan..

Ting!!!!! Dah dapat.. penah baca dalam Prospektus MTAT ari tuh.. Ceyyyy dengan konpidennya WN bagi jawapan : Apa la Ayang nih sendirik belajar pun boleh tak tau.. KAJIAN KESELAMATAN kan??? ..Haaaa betul! betul! Betul la tu mak,  hubby jawab..

p/s : APAAA RAAA laki aku ni.. aku pulak yang lagi tau daripada dia.. kek nye kata Scorer CPs.. ceik, poodaa cit!!!!

4 ulasan:

lina berkata...

adeh gelak guling baca n3 ni zira..bagus2 penghibur nih..

PakMail berkata...

Semuga suami WN sukses di dalam kursusnya. Jika tidak keberatan sampaikan salam PakMail kepada hubby you.

Dan salam perkenalan jua untuk WN dan suami and your cute little boy Lutfi.

wifenavy berkata...

k.lina : kat mana yg kelakarnye kak?!!
PakMail : Salam kenal P.Mail.. Insya Allah sy sampaikan kpd Hubby & Lutfi (tahu ke dia?)

Teratak Hami berkata...

WN,
Apa pelik nama Kajimatan tu? Pilih ler nama yang orang boleh agak itu Kajian Keselamatan.

Akak baru tolong anak (darjah 4) buat Folio Kajian Tempatan. Takkan kat UM pun masih ada belajar Kajian Tempatan? Nasib baik awak dah betulkan :-)

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit