Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 27 April 2011

Selamat Hari TLDM ke 77

Samudera Raya 

Semboyan Angkatan Laut kita
di Samudera Raya
menjaga Pantai Ibu Pertiwi
dari Angkara Murka
Dari barat sampai ke timur
itulah Pantai Malaysia
tiap saat berjaga
di tengah Samudera Raya
Perwira dan Satria
Angkatan Laut Diraja

Dah lambat tapi tak pe la... WN bukan la orang yang sangat patriotik.. tapi kalau bab2 berkaitan Perkhidmatan Angkatan Tentera ni memang ambik tahu la.. lagi pun lagu ni pun pernah jadi siulan setiap hari ketika dalam ROTU dolu-dolu.. ha ha.. oleh : Lt Muda (B).. leh tak gitu?

Coverage sempena sambutan Hari TLDM ke 77 antaranya :



Krew Majalah 3 telah berkunjung ke Pangkalan TLDM Lumut selama dua hari (25 Mac dan 26 Mac 11) bagi melakukan pengambaran Majalah 3 Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke -77. Pengambaran di Pangkalan TLDM Lumut tersebut adalah kesinambungan pengambaran oleh krew Majalah 3 di atas kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS 5 di Perairan Teluk Aden pada hujung bulan lalu.


Operasi FAJAR menjadi fokus utama di dalam siaran khas selama 45 minit tersebut yang akan mengupas latar belakang, objektif, latihan, kemampuan dan kejayaan Op FAJAR sebagai satu projek inovasi TLDM serta perkongsian startegik antara TLDM dan MISC. Turut dimuatkan di dalam episod khas tersebut ialah rakaman asal kejayaan tim Op FAJAR 8 yang telah berjaya menyelamat dan membebaskan kapal MT BUNGA LAUREL dan menangkap tujuh orang lanun Somalia pada 21 Jan 11. Disiarkan di Majalah 3 Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-77 pada 23 April 11 (Sabtu), jam 9.00 malam.
 dan juga ada WAWANCARA KHAS PANGLIMA TENTERA LAUT SEMPENA SAMBUTAN HARI TLDM KE-77

2 ulasan:

Unknown berkata...

Selamat menyambut Hari TLDM yg ke-77......:D

Ctnurkhijah berkata...

Di lumut time navy day mmg meriah.. macam2 ada..
2thn lepas siap ada jom heboh lagik..

Kat alngkawi ni just buat hari terbuka 2biji kapal jer

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit