Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 18 Mei 2011

..samb..: Zaman Sekolah Anak Askar

..samb dari N3 terdahulu..nak tahu klik ni Giler lama baru bersambung citer nih.. hi hi.. Cam citer NUR KASIH lak..


Kat bawah ni adalah my schools history with chronology nye sekali :


Tingkatan 1 : Nak masuk tingkatan 1 pada zaman 80-an (1987) di Sek Men Selayang Baru dulu ada peperiksaan (tak ingat berapa hari).. Sebab terlalu ramai murid-murid dan pastikan pembahagian aliran tu sama rata.. tak de aliran yang popular atau tidak.. yang menentukan ialah kelasnya:


Masa tu ada :
a) Aliran Perdagangan : ada 4 kelas (P1, P2, P3 dan P4)
b) Aliran SRT / Perusahaan : 4 kelas (A1, A2, A3 dan A4)
c) Aliran Pertanian : 4 kelas (SP1, SP2, SP3 dan SP4)


Dan saya telah dimasukkan ke Aliran SRT kelas A1.. Kecewa jugakla.. WN nak masuk aliran Perdagangan..
Tapi bila dah masuk aliran SRT dan belajar dua tiga bulan.. dah rasa seronok sebab boleh masak macam-macam dan ada hasil la yang boleh tunjuk kat kengkawan lain.. (masakan dan jahitan).. betul2 seronok time masuk bilik masakan.. maklumla.. dapur serba serbi lengkap.. Umah pun tak macam tu..


Tingkatan 2 :
Sekali lagi berlaku perubahan dalam alam persekolahan WN.. sebab.. Arwah Abah dah nak bersara, dia pilih untuk buat Latihan Peralihan di Temerloh dan seterusnya menetap kat Temerloh la (kampung halaman kedua2 nya kat situ kan)..


Hari pertama mendaftar diri di Sek Men Abu Bakar Temerloh.. WN dimasukkan ke kelas Tingkatan 2 Teknik1.. (okay la kelas no 1 kan!!!)..


Tapi angan ku berubah sekali lagi.. eee cehhh!!!.. WN perasan.. apsal kelas Teknik orang-orangnya semacam jek.. Dan terperasan.. kejadian ni sama macam WN time Darjah 5 dulu.. Dari segi silibus memang jauh tertinggal banding dengan apa yang kami belajar kat Selayang Baru.. 


Cuma ada seorang yang WN nampak agak cerdas kat dalam kelas tu (Ella namanya : Gila2 budaknya.. tapi BI dia memang power.. mak ayah keje biasa-biasa, tapi katanya dia suka lagu-lagu Inggeris.. kat situ la dia belajar BI.. bab BI memang WN refer Ella nih) .. itu la pesaing WN dari tingkatan 2 sehinggalah SRP.. Penilaian Darjah 5 dia dapat 3A 2B.. Keadaannya pun sama.. Cikgu rajin tak rajin je masuk kelas.. 


Kali ni.. tak bagi tau Mak.. gi Pejabat Guru sendirik tanya.. kedudukan kelas ni macam mana.. Sah!!! memang Sistem Kasta:
a) Kelas Rancangan Khas (Untuk bebudak pandai : Penilaian Darjah 5 : 4A dan Keatas) : ada 4 kelas RK1, 2, 3 dan 4.. popular sih diorang nih!!!
b) Kelas Perdagangan (Untuk bebudak 3A ke bawah).. ada 6 kelas : P1, 2, 3, 4, 5 dan 6
c) Kelas Teknik (SRT/Perusahaan) : Untuk budak 1A dan tak de A.. Ciss!!! Sungguh rendah taraf ku rasakan ketika itu.. ada 3 kelas je T1, T2, T3


Apa perasaannya.. Ouiiih!!! Gila rendahnya taraf aku... Inform Cikgu.. Tapi saya dapat 4A.. tak adil lah macam ni.. saya layak ke Kelas RK apa? (Budak RK diorang dapat Biasiswa Negeri)


Nak wat cammana.. awak tak boleh tukar Aliran sebab dah setahun belajar kat Selayang dulu kan.. betul! tapi Kaedah kat sana tak macam kat sini!!!.. Kat sana Pesaing kelas ialah P1 dan SP1.. Tapi kat sini cam lain pulak!!!!.. dan akhirnya aku terperangkap kat kelas ni sehingga tingkatan 3.. 


Tapi Ella tu pilih kelas Teknik pulak?.. Dia kata sebenarnya dia nak buktikan Budak Kelas Teknik pun boleh gi ALiran Sains lepas SRP.. mmm... apa2 je la..


2 tahun ni.. Aku memang malas giler.. tak belajar pun.. tumpu kat kelas je.. mak tanya kenapa? Belajar tak belajar pun sama je.. Ye la.. dapat No 1 sepanjang 2 tahun.. adalah sekali terjatuh no 2 sebab kawan aku tu amik no 1 WN ha ha ha..


Keputusan SRP keluar.. dan kami 2 orang buktikan.. kami layak masuk aliran Sains.. (Kelas 4Sains ada 2 je.. WN kelas Sains 1.. dan Ella kelas Sains 2..


Dan seperti biasa kalau dah masuk kelas No 1 ni.. tempat No 1 tu tak merasala kan.. main no Belas-belas je la... Biarla.. janji kualiti.... 


Pengajarannya : Kepada sesape yang berkahwin ngan Askar dan selalu kena tukar.. pastikan Anak-anak kita dimasukkan ke Kelas yang sepatutnya.. bukan apa.. Sian kat anak nanti.. cam WN nih!!!!

11 ulasan:

ibu syafiq berkata...

assalam...suka'y baca...dpt info yg sblm nih x tau sgt...hehek...

thank's 4 sharing...

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

Salam...

Lebih kuranglah kita. seorang anak askar dan seorang lagi anak polis. Bangga u.... masa tu lah....

Ismail aka Pak Mail berkata...

Oh.....rupanya anak seorang pegawai TLDM juga. Ingatkan isteri pegawai TLDM sahaja.

Entah2 saya pernah lihat WN sedang ke sekolah dahulu sewaktu saya di Lumut. Hanya Allah yang tahu.

Teratak Hami berkata...

Lama sungguh kamu nak update. Citer Nur Kasih pun dah jadik movie la dik oiittt.

Nampak macam seronok jugak bertukar2 sekolah. Awak pandai memasak/menjahit?

wifemdnavy berkata...

Ibu Syafiq : He he, bak kata blogger2 lain.. "Sharing is Caring"

Hjh Nafisah : Bangga tu ada skit la.. tp byk sedey sbb asik tukar2 kawan sekolah.. tak de kawan rapat la..

Pak Mail : Bkn anak Pegawai TLDM la.. Anak Pegawai Waran 1, TDM (Kor JLJ masa tu..).. ee cehh.. nk jgk ckp Pegawai.. Senior Rank je.. Dipinjamkan di Lumut tahun 1980 - 1982..

Teratak Hami : Tu la.. ikut ke 'glamor' an semasa.. hik hik (bole jwb cam tu tak?)..

Masak dan menjahit memang bole sgt (setakat jahit baju kurung sekolah dari ting 3 - 6 sendiri jahit la..tak upah orang.. )

Bab masak pun.. kalau tak de chef lain kat mana2.. WN bole je plan masak2 nih.. cuma TAK MINAT je

KakD berkata...

huhuhu memang satu keluarga navy tuh huhuhu. Huh! kalau kawen ngan askar ni memang kene sentiase berpegang kat akak punyer kate2 kat header tuh la gamaknye kan. hurmmm

Sheherazade berkata...

mmg mcm tu ye,hmmm berkorban demi negara

Unknown berkata...

mmg ssh kan bila m'libatkan pindah randah ni...mujurlah kmdo x byk tempat (melaka & mersing) tp menjadi masala juga bila tiba2 kene posting...

abu muaz berkata...

menarik cerita ini... tambahkan ilmu pada saya.

Dr K berkata...

hehehe..betul..askar pindah randah...susah sikit tang situ...

tu sebab saya tolak tawaran join doktor askar...tapi bila kenang2 balik, rasa rugi pulak tak join dulu..

saharul berkata...

tugas mulia askar nih wehhh

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit