Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Ahad, 8 Mei 2011

Sedarkah anda akan Kehadirannya?

Jalan2 blogwalking.. jumpa gambar2 yang menarik ni dan WN pun baca.. best untuk jadikan N3 nih.. sebab gambar2 cantik.. cam gambar Alien..

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.

Selama ni kita takut dengan kewujudan pelbagai jenis makhluk halus seperti Penanggal, Pontianak, Jerangkung.. Yang memang sedia wujud nih tak pulak kita ambik tahu rupa mereka. Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk lihat apatah lagi tertelan mereka. Jangan tak caya, rupa mereka lebih menggerunkan daripada makhluk di alam misteri tuh!

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal :p


Ini pulak imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Gambar ni adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.


Ini adalah imej bakteria yang biasa hidup pada roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang ita makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Jadi, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.


Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali (100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?

Sumber : http://ruanghati.com/

8 ulasan:

Ismail aka Pak Mail berkata...

satu informasi yang sangat baik. Agar dapat mengajar kita jadi manusia yang prihatin akan kebersihan rumah dan kebersihan diri.

lina berkata...

salam zira - menakutkan....

ibu syafiq berkata...

uiks!!!mmg mengerikn a...

KakD berkata...

errkk, saye berasa agak gerun bile memikirkan malam kang nak tido kek bantal, pastu terbayang2 tang gamba bakteria bantal tuh halamakkkk..

Unknown berkata...

good info....rasa ngeri lak tgk gmbo nih.....

LayarLara berkata...

so scaryyyyy..... thanks!

aku copy paste bleh??

Tengkolok Hitam berkata...

Terlebih dahulu TH nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog TH, terima kasih juga kerana blog catatan isteri navy telah menjadi inspirasi kami suami isteri...sebenarnya TH baru sahaja dikurniakan Baby pertama setelah menanti selama hampir 8 tahun so dengan catatan perjalanan hidup awk telah memotivasikan kami ketika itu...tahniah buat awk n husben kerana telah dikurniakan seorang baby yg comel...semoga hidup awk sentiasa ceria dengan kehadirannya...emm...kalau tak silap TH...awk n baby ada masuk majalah Pa&Ma kan...glemournya...hehe...k...wife sy kirim salam kat awk...teruskan berblog krn blog awk bernilai & bermotivasi...jumpa lagi dan terima kasih

wifemdnavy berkata...

Assalam semua..
Scary ke?!! 1st impression WN.. gambar2 ni sgt cantik la.. dgn tekn canggih dpt kita tengok makhluk yg tak sepatutnya kita nampak.. cuma tak de lg kot teknologi yg bole bg kita nampak alam misteri tu kan..

TH : Terima kasih lawat blog ni.. TAHNIAH 3x.. akhirnya beroleh zuriat penyambung kasih.. COOOMEYYYY nye la.. Sihat gebu!!! Tapi tak leh tinggal ulasan kat blog awak la..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit